Happy weekends guys..
Hari ni cuti so saya jadi terlebih rajin nak masak plak.. ( serious mek cha masak? ) muahahahaha!
So dengan rasa rajinnya saya pon buat lah dessert favorite saya iaitu Bubur Jagung Sagu :) Meh saya share resepi saya dengan awak semua.. hehehehe ( acah-acah sedap je ) hahahaha.
Bahan-bahan:
-2 Biji Jagung mentah
-5 Sudu Sagu
-1000ml Santan
-Gula melaka
-Secubit Garam
-2 Helai Daun pandan
Cara penyediaan:
1. Mula-mula cuci jagung sebersihnya kemudian hiris nipis-nipis isinya. Rebus jagung terlebih dahulu sehingga menjadi empuk.
2. Cuci sagu ( jangan rendamkan ) kemudian masukkan kedalam rebusan jagung tadi sehingga ianya bertukar menjadi jernih kemudian masukkan santan.
3. Apabila mendidih, masukkan gula melaka, daun pandan dan secubit garam. Kacau sehingga gula melaka larut dan rasanya menjadi sebati.
4. Sejukkan dan hidangkan. Sedia untuk dimakan! :)
SELAMAT MENCUBA!
Ni lah rupa dia.. si tyha cakap tawar sikit..
HAHAHA
tapi.... 2 kali dia tambah! hahahahahaha.. cuba tengok muka dia kat bawah tu..
HEHEHE saya budak baru belajar.. masak pon takde sampai sedap tahap chef... kakaka..
k bye
Assalamualaikum :)

























